Sunday 13 April 2014

PENDAHULUAN

Blog ini disediakan bagi menyempurnakan tugasan Pengajaran Literasi :Membaca dan Menulis Jawi  bagi semester 5 KDCM1 PPG Marsah ,USIM 2014.Modul EBK 3253 ini dikendalikan oleh Ustaz Jaafar bin Jamain sebagai fasilitator.Modul ini mengandungi 8 unit yang menerangkan tentang Pengajaran Membaca dan Menulis Jawi.Dalam tugasan ini,kami ditugaskan untuk membentangkan dan menerangkan berkaitan unit 8 di bawah tajuk Penilaian Jawi.




Kumpulan Husnajameela terdiri daripada 6 orang ahli iaitu Rabia'at binti Che Noh,Lihayati binti Sumsudin,Rohaya binti Razali,Norasyikin binti Medon,Maslinda binti Abdul Ghani dan Noriza binti Muhd Yusuf.Kami merupakan pelajar USIM KDCM1 .Sebagai sebuah kumpuln,kami bersama-sama berusaha dalam menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.

 
 
PENGENALAN.
Penilaian merupakan proses membuat pertimbangan prestasi murid dan pengajaran guru dalam mencapai objektif pembelajaran.Justeru itu,penilaian kemahiran membaca dan menulis jawi mempunyai persmaan dengan penilaian Bahasa Melayu dalam tulisan rumi.Guru pula bertindak sebagai agen penyampai kurikulum jawi dan memastikan teknik berkesan dilaksanakan.



PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN,PENGUJIAN DAN PENTAKSIRAN.
Secara amnya ketiga-tiga penilaian,pengujian dan pentaksiran adalah alat dan proses bagi mengesan pencapaian murid dalam pembelajaran kemahiran membaca dan menulis jawi.Namun secara yang lebih terperinci lagi ketiga-tiganya mempunyai perbezaan seperti berikut:
1.Penilaian
Satu cara untuk melihat hasil pengukuran dan bertujuan untuk melihat pencapaian murid merealisasikan objektif pembelajaran,keberkesanan kaedah pengajaran dan kesesuaian bahan bantu belajar yang dibekalkan.Penilaian dilakukan dengan cara menilai proses dan langkah yang dirancangkan dari peringkat awal lagi.Penilaian dilakukan sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum,semasa dan selepas satu sesi pengajaran itu.Faedah dari penilaian ini ialah guru dapat mengesan punca kelemahan dan merancang tindakan susulan.

2.Pengujian
Merupakan cara untuk melihat perubahan tingkah laku  dan ianya sangat penting untuk melihat pencapaian murid.Dilakukan secara berperingkat-peringkat.Antara bentuk pengujian ialah Ujian lisan,Ujian bertulis dan melalui Pemerhatian.Pengujian dilakukan selepas satu sesi atau beberapa sesi pengajaran.Faedag pengujian ini ialah guru dapat mengkategori dan membuat penempatan murid mengikut kebolean dan pencapaian mereka.

3.Pentaksiran.
Merupakan cara untuk melihat peringkat pencapaian dan melihat kedudukan antara murid.Pentaksiran penting untuk melihat perbandingan pencapaian antara murid dan ianya dilakukan selepas beberapa sesi pengajaran dalam bentuk ujian akhir bagi menentukan gred pencapaian murid.Antara faedah pentaksiran ialah pebgkelasan mengikut bidang dan kerjaya.




KEPENTINGAN PENILAIAN DALAM PENGAJARAN JAWI.
Pengajaran jawi lebih tertumpu kepada pembentukan kemahiran membaca dan menulis.Oleh itu,penilaian berterusan diperlukan bagi mengenal pasti setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh murid dalam proses pembentukan kemahiran membaca dan menulis jawi adalah proses yang betul dan benar-benar berkesan membentuk kemahiran murid.Dengan ini,penilaian merupakan satu proses pembelajaran yang penting.Antara tujuan penilaian diadakan adalah:
1.Mengesan keberkesanan pengajaran jawi.
2.Mengesan tahap kemajuan dan pencapaian kemahiran membacaq murid-murid.
3.Mengatur tindakan susulan yang lebih berkesan untuk pembentukan kemahiran.
4.Mengukur keberkesanan bahan bantu belajar yang disediakan.
5.Mengukur keberkesanan aktiviti pembelajaran dam membentuk kemahiran.
6.Mendapatkan maklumat bagi meneruskan kurikulum yang sedang digunakan untuk masa-masa yang akan datang.
7.Mendapat maklumat strategi yang berkesan digunakan dalam proses pembelajaran.




JENIS- JENIS PENILAIAN JAWI.

Boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan pengujian.Pembahagian jenis penilaian ialah :
1.Penilaian Pencapaian :Ujian pencapaian diadakan adalah agi menilai pencapaian dalam menguasai perkara-perkara yang digariskan oleh guru dalam objektif pembelajaran,ujian pencapaian juga digunakan bagi mengukur kemajuan murid-murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

2.Penilaian diagnostik :Ujian diagnostik diadakan adalah untuk mengesan kekuatan dan kelemahan murid-murid dalam kemahiran membaca dan menulis jawi.



PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA JAWI.

Penilaian kemahiran membaca jawi untuk mengenal pasti keupayaan murid-murid membaca tulisan jawi,mengenal pasti bilangan suku kata dalam satu perkataan,membaca ayat dengan lancar,menyebut perkataan dengan sebutan intonasi dan jeda yang betul,mengesan isi penting dan huraian sokongan dan pengukuhan kepada isi penting.Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan yang dibaca seperti akhbar,makalah,cerita dan lain-lain dengan bacaan secara kritis yang dapat menggunakan pelbagai teknik membaca.




KEPENTINGAN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA JAWI
Sangat penting untuk guru bagi mengetahui tahap kemajuan murid-murid dalam membaca jawi dan murid-murid dapat meningkatkan kemahiran mereka setelah mengetahui tahap mereka dalam kemahiran membaca jawi.Ia juga dapat meningkatkan kemahiran membaca murid murid kerana setiap penilaian menilai aras kemahiran membaca yang terus meningkat kepada menilai aras yang semakin sukar dan semakin tinggi.Jadi,murid mesti menunjukkan kebolehan mereka mencapai setiap aras penilaian dengan jayanya.

 
 
 

 
MATLAMAT PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA JAWI.
Matlamat Kemahiran Membaca Jawi boleh dibahagikan kepada :
  1. Matlamat dari segi persepsi membaca jawi:Murid dapat mengesan kemahiran mereka dalam membaca jawi.Pengesanan ini membolehkan murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca jawi mereka dengan lebih baik dan sehingga mereka mahir membaca jawi serta menjadi seorang pembaca jawi yang berjaya memperolehi isi-isi penting dalam pembacaan mereka.
  2. Matlamat dari segi kognitif membaca jawi :Murid dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dalam membaca seperti membuat banding beza antara fakta-fakta yang diperolehi daripada pembacaan,menganalisis bahan yang dibaca bagi mengeluarkan sesuatu buah fikiran yang berkaitan dngan tajuk bahan yang dibaca,menyusun atur idea-idea dengan susunan mereka sendiri berdasarkan logika yang mereka fahami dan keupayaan mengkritik dari pelbagai sudut bahan yang dibaca.
  3. Matlamat dari segi afektif membaca jawi:Murid menerima kesan daripada pembacaan terhadap sikap dan emosi mereka.Guru boleh memilih bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan  emosi seperti cerpen dan mengukur kefahaman murid dengan soalan-soalan yang memberi peluang kepada mereka melakukan rasa hati mereka sebagai kesan daripada pembacaan mereka.
 
 
CIRI PENILAIAN MEMBACA JAWI.
Penilaian membaca jawi berlainan daripada penilaian kemahiran-kemahiran membaca bahasa yang lain.Kemahiran membaca jawi mempunyai cirinya yang trsendiri,antaranya ialah :
  1. Penilaian kemahiran membaca jawi diadakan secara berterusan.
  2. Penilaian diadakan secara terbuka di mana setiap orang murid boleh menilai tahap pembacaan rakan mereka.
  3. Guru dapat mengesan kemajuan murid dengan lebih terperinci.
  4. Penilaian yang boleh dilakukan di dalam kelas dan di rumah sebagai tugasan.
 
JENIS PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA JAWI
Jenis kemahiran membaca jawi terdiri daripada dua iaitu menilai kemahiran membaca secara kuat dan menilai kemahiran membaca secara senyap.


 
Menilai kemahiran membaca secara kuat : membaca dengan suara yang kuat mempunyai tujuan- tujuan tertentu seperti menilai kebolehan murid-murid :
  1. Menyebut bunyi huruf
  2. Mengaitkan lambang dengan bunyi
  3. Mengaitkan bunyi dengan lambang
  4. Membaca suku kata terbuka
  5. Membaca suku kata tertutup
  6. Membaca perkataan dua suku kata terbuka yang dilambangkan dengan vokal
  7. Membaca perkataan dua suku kata yang terdapat padanya suku kata terbuka tanpa perlambangan vokal
  8. Membaca perkataan suku kata tertutup yang mempunyai perlambangan vokal
  9. Membaca perkataan suku kata tertutup yang tidak mempunyai perlambangan vokal
  10. Membaca perkaataan lebih daripada dua suku kata
  11. Membaca perkataan yang berimbuhan
  12. Membaca perkataan yang tidak ada perlambangan vokal dan melebihi daripada dua suku kata
  13. Mengenal pasti bilangan suku kata dalam sesuatu perkataan
  14. Membaca ayat pendek dengan lancar
  15. Memahami isi yang terkandung dalam sesuatu perenggan
  16. Membezakan ayat utama, ayat sokongan dan ayat huraian dalam sesuatu perenggan yang dibaca
  17. Memberi tajuk kecil kepada setiap perenggan yang dibaca
  18. Membaca lancar dengan intonasi yang betul berdasarkan teks yang tersedia
  19. Berbincang mengenai isu yang dikemukakan dalam pembacaan

 
Menilai kemahiran membaca secara senyap : membaca secara senyap adalah membaca yang berfokus kepada idea yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca. oleh itu, dalam menilai kemahiran membaca jawi secara senyap,guru hendaklah mengikut langkah-langkah penilaian kefahaman apa yang dibaca adalah seperti berikut:
Mengenal pasti idea keseluruhan - Mengenal pasti idea utama - Mengenal pasti idea sokongan - Mengesan isi tersirat - Membuat kesimpulan - Membuat andaian.
 
 
PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI.
Merupakan kemahiran yang akhir daripada susunan kemahiran bahasa dalam aspek pengajaran bahasa-bahasa moden.Kemahiran menulis perlu dnilai secara berperingkat yang bermula daripada kemahiran yang mudah kepada kemahiran yang lebih kompleks berkaitan melahiran rasa hati dan apa yang tersirat di dalam minda dengtansusunan kata-kata yang jelas dapat menyampaikan apa yang ingin disampaikan melalui penulisan.Secara urutan kemahiran menulis jawi yang perlu dinilai adalah sebagaimana berikut :
  1. Menggerakkan sendi tangan ke pelbagai arah.
  2. Melakar bentuk asas huruf dari kiri ke kanan.
  3. Melakar bentuk asas huruf.
  4. Menulis huruf mengikut bentuk-bentuk tertentu.
  5. Menulis huruf tunggal.
  6. Menulis huruf yang berubah bentuk.
  7. Menyambung huruf bagi membentuk perkataan.
  8. Menulis perkataan .
  9. Menulis frasa.
  10. Menulis ayat.
  11. Menulis cerita pendek.
  12. Menulis peristiwa. 

 


 
TUJUAN PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI.
 Tujuan penilaian kemahirn menulis jawi adalah untuk mengetahui sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran menulis jawi.Adalah mereka telah berada pada tahap yang ditetapkan iaitu:
  1. Cemerlang.
  2. Amat baik.
  3. Baik
  4. Lemah.
  5. Sangat lemah.


 
TAHAP PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI.
Tahap penilaian kemahiran menulis jawi berasaskan kemahiran berkaitan huruf,perkataan,ayat dan karangan.Penlaian bagi setiap tahap tersebut dijalankan dari masa ke semasa secara berterusan.Sebagaimana kemahiran menulis dipelajari murid bermula daripada kemahiran berkaitan penulisan huruf,menyambug huruf,menulis perkataan,tulisan cantik,menulis ayat dan sterusnya menulis karangan dalam tulisan jawi,maka penilaian hendaklah mengikut tahap kemahiran menulis yang dipelajari.
 
  • Menilai kemahirn menulis huruf tunggal:Murid dapat menulis huruf tunggal dengan bentuk asa dan aa rupa huruf.Pada ketika ini tulisan cantik belum ditekankan.Yng penting adalah ada rupa huruf yang ditulis.Dan ketika ini juga penekanan adalah pada membentuk huruf.Muid harus dapat menulis huruf dengan bentuknya yang tepat.Bentuk huruf tunggal ini termasuk juga menulis huruf yang berubah namun masih belum bersambung.
  • Menilai kmahiran menyambung huruf: Murid dapat menulois satu huruf dan disambungkan dengan huruf-huruf yang lain.Penekanan kepada bagaimana menyambung huruf dengan huruf yang tidak bersambung selepasnya,diikuti dengan memulakan huruf yang baru dan disambung dengan huruf yng lain dengan bentuk yang jelas.
  • Menilai kemahiran menulis perkataan:Murid boleh menulis perktaan dan telah apat menentukan dengan yakin,dalam satu perkataan terdapat penulisan yang diasingkan suku katanya kerana bersambung dengan huruf yang tidak brsambung selepasnya.Terapat juga perkataan yang hanya menggunakan satu sambngan huruf untuk semua huruf dalam perkataan tersebut.
  • Menilai kemahiran membina ayat:Murid daat menbina ayat yang betul berdasarkan tatabahasa dan penggunaan perkataan yang tepat untuk menyampaikan maksud,mengeja perkataan dengan tepat dan menulis perkataan-perkataan dengan tepat.
  • Menilai kemahiran menulis karangan :Murid dapat menulis karangan dalam satu perenggan.Guru perlu mengenal pasti kemhiran murdi mengendalikan satu perenggan dengan satu perenggan hanya diperuntukkan untuk satu isi sahaja.Seterusnya kebolehan mereka membina beberapa perenggan lain dan mengitkan antara perenggan.
     


 
PERSEDIAAN MEMBUAT PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI.
 
Penilaian kemahiran menulis jawi hendaklah disediakan secara terancang sebelum dilaksnakan  kepada murid-murid.Oleh itu,guru hendaklah menyediakan spesifikasi penilaian yang berkaitan dengan :
  1. Isi kandungan penulisan hendaklah bertepatan sebagaimana yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran.
  2. Tajuk karangan.
  3. Jenis karangan:bercerita,huraian,ulasan,arahan,nota,surat kiriman,laporan,pengumuman dan lain-lain.
  4. Tahap kemahiran menulis yang hendak dinilai.
  5. Bilangan perkataan yang hendak ditulis.
  6. Format penulisan yang dipilih.
  7. Peruntukan masa yang sesuai bagi menyiapkan penulisan.
  8. Kriteria penulisan.
  9. Jenis soalan.
  10. Cara memberi markah.


 
TEKNIK PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI.
Pelbagai teknik boleh digunakan bagi menilai penguasaan kemahiran menulis murid-murid.Namun teknik-teknik tersebut perlu disusun mengikut peringkat daripada penulisan yang mudah kepada penulisan yang lebih rumit dan mencabar berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan murid-murid dalam penulisan jawi yang telah dikenal pasti oleh guru.Antara kemahiran menulis yang dinilai berbentuk:
  1. Membina ayat.
  2. Menyambung ayat.
  3. Mencatat nota.
  4. Menulis karangan bebas.
  5. Menulis karangan berbentuk cerita,laporan,huraian atau perdebatan.
  6. Menulis surat mengikut format rasmi dan tidak rasmi.
  7. Mengisi borang tertentu yang disediakan.
  8. Mengembangkan maklumat yang diberi dalam bentuk isi-isi penting.


 
SKIMA PEMARKAHAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI.
 
Skima pemarkahan merupakan cadangan jawapan yang sepatutnya dikemukan oleh murid dalam menjawab soalan-soalan dalam penilaian.Taburan markah bagi sesuatu soalan perlu disediakan bagi setiap soalan ujian yang dibuat untuk menilai tahap pencapaian murid-murid dalam kemahiran menulis.Tujuan skima disediakan adalah untuk :
 
  • Dapat dijadikan panduan oleh guru untuk menilai dan memberi markah dengan adil dan saksama di antara murid-murid berdasarkan jawapan yang mereka berikan.
  • Membuat penyelarasan markah antara beberapa orang guru yang mengajar mata pelajaran yang sama atau yang menanda kertas jawapan yang sama.
  • Memastikan ketekalan dan kebolehpercayaan penilaian.
  • Memastikan unsur ketegasan mematuhi skala pemarkahan.
  • Menstandardkan gred.
  • Sebagai senarai semak kemahiran-kemahiran kecil berkaitan sesuatu kemahiran asas yang penting.

 
PEMARKAHAN SECARA TERPERINCI.
Pemeriksaan membaca karangan dari awal hingga akhir dan menganalisis karangan tersebut berdasarkan kemahiran-kemahiran kecil daripada menulis karangan.Setiap kemahiran kecil tersebut telah ditentuka markahnya yang tidak boleh diberi lebih daripadanya dan tidak boleh dipotong melebihi had yang telah ditetapkan.Antara aspek yang diperincikan adalah:
  1. Bilangan perkataan yang dihadkan,sekiranya kurang daripada jumlah atau sekiranya lebih.
  2. Jumlah isi yang dikehendaki dan bilangan markah bagi setiap isi.
  3. Markah yang dihadkan untuk huraian.
  4. Markah untuk huraian beserta contoh.
  5. Gaya bahasa bagaimana penulis melahirkan idea mereka.
  6. Tatabahasa yang betul.
  7. Perbendaharaan kata.
  8. Pemilihan perkataan yang tepat.
  9. Istilah yang betul.
  10. Susunan idea yang logik.
  11. Pembahagian perenggan yang betul.
  12. Kelancaran perbincangan idea secara keseluruhan.
  13. Idea karangan secara keseluruhan.
Abdul Azizi Adul Talib (1993) membahagikan sub kemahiran penulisan karangan kepada:
  1. Kemahiran struktur dan gaya:menulis ayat yang betul,manipulasi ayat dan menggunakan bahasa dengan berkesan.
  2. Kemahiran memilih isi:memlih isi karangan yang sesuai dengan tajuk.
  3. Kemahiran perbendaharaan kata:emilih dan menggunakan perkataan dan istilah dengan tepat dan berkesan.
  4. Kemahiran menyusun:menyusun isi atau idea secara teratur dan logik dengan lancar dan boleh diterima.
  5. Kemahiran mekanis:mengeja dan menggunakan tanda baca,agihan perenggan dan tulisan yang boleh dibaca.


RUMUSAN.
 
Penilaian perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penilaian memberi petunjuk kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Tindakaan susulan hasil daripada pencapaian yang dikesan melalui penilaian semestinya diracang dan diaksanakan bagi mencapai tahap pengajaran pembelajaran yang lebih berkesan.Proses penilaian ini dilakukan secara berterusan agar murid mendapat maklumat dengan tepat berkaitan tahap pembelajaran mereka agar usaha-uaha penambahbaikan dapat dilihat sebagai aspek yang penting untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

REFLEKSI.
 
 
 
Nama   :Rohaya binti Razali         :1112850
             Assalamualaikumwbt, syukur Alhamdulillah, berkat doa dan izin-Nya maka dapatlah saya siapkan kerja kursus untuk Subjek Pengajaran Literasi : Membaca Dan Menulis Jawi (EBK 3253). Di ruang ini juga, tidak saya lupakan pensyarah yang membimbing, memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersabar dengan tingkah laku anak didik beliau yang penuh dengan kepelbagaian karenah masing-masing.
           Kami diberi tajuk “ PenilaianJawi “ serta membina Blog sendiri. Saya diamanahkan untuk menyiapkan tugasan ini bersama lima orang rakan yang seperjuangan dengan saya. Kami diberi tempoh masa selama beberapa minggu dalam menyiapkan tugasan ini. Apabila kami mendapat tajuk ini, kami mula mengagihkan tugasan ini dengan baik agar tidak ada ketidakpuasan antara ahli kumpulan. Perkara yang pertama saya buat ialah mencari maklumat di perpustakaan atau melalui internet.
            Sepanjang saya melaksanakan dan membina laman web ini, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedar bahawa sebagai seorang pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke sekolah. Olehitu, melalui kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagai simpanan untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran. Di sampingitu, saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik serta menyeronokkan murid.
            Melalui kursus ini, secara langsung saya dapat belajar bagaimana untuk membina bahan yang menarik untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya menghasilkan video yang menarik sesuai dengan tajuk dan tema yang hendak di ajar oleh guru. Oleh itu, peluang dan ruang sepanjang kursus ini dilaksanakan akan saya manfaatkan sebanyak yang mungkin.
            Sebagai seorang  guru, salah satu kemahiran yang perlu dimahiri dan dipelajari ialah kemahiran membina dan mengaplikasikan laman web. Saya sedar bahawa segala maklumat masa kini boleh diakses ataupun dicari menggunakan hujung jari sahaja, bermaksud maklumat yang ingin kita capai sungguh mudah dan senang dicapai melalui akses internet.Dengan itu, melalui kursus ini saya dapat belajar  bagaimana membina laman sesawang pengajaran dan pembelajaran untuk murid khususnya untuk subjek Pendidikan Islam Dan Pelajaran Jawi, di samping dapat memuat naik dan turun bahan yang disalurkan. Kesannya, pengajaran dan pembelajaran itu akan menjadi lebih mudah di samping dapat mempertingkatkan kemahiran murid dalam menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
            Semasa mencari bahan-bahan rujukan, saya mendapat beberapa nilai murni yang sangat bermakna iaitu kita perlu berusaha dengan gigih serta bersikap positif semasa melakukan sesuatu kerja walaupun susah. Sekiranya kita berfikiran positif maka hasil yang kita dapat juga positif, tetapi sekiranya kita berfikiran negatif, kita akan mendapat yang negatif juga.
           Walaubagaimanapun, saya tidak dapat lari daripada masalah ketika menyudahkan tugasan ini, antaranya kekangan masa. Bagi saya masa adalah amat penting dalam membuat sesuatu tugasan yang diberi oleh pensyarah. Sebagai seorang pendidik di sekolah yang mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan di sekolah. Saya perlu membahagikan masa ini dengan baik agar tanggungjawab di sekolah tidak terabai dan kerja kursus juga dapat disiapkan seperti yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Selain daripada itu juga saya perlu member masa untuk anak-anak dan keluarga.
 Selain daripada itu jarak yang jauh dari rakan amat menyukarkan saya untuk berbincang. Telefon dan email menjadi penghubung utama bagi kami untuk memaklumkan sesuatu maklumat. Namun begitu, dengan adanya kerjasama dalam ahli kumpulan maka saya dapat menyiapkan tugasan ini dangan baik dan sempurna.Secara tidak langsung proses membuat kerja kursus ini juga dapat mewujudkan ikatan silaturahim antara kami.
Ucapan terima kasih kepada pensyarah saya yang telah banyak memberikan bimbingan semasa mengikuti kelas pengajaran leterasi membaca dan menulis jawi. Dengan ini, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini member ruang serta peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran teknologi maklumat untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Jawi. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran yang dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian.



Nama : Noriza bt Md Yusof (1112976)
Alhamdulillah…saya panjatkan kesyukuran kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh  masa yang ditetapkan. Dalam  proses menyempurnakan tugasan ini  banyak rintangan dan dugaan yang ditempuhi. Pada peringkat permulaan saya kurang memahami kehendak  tugasan ini,namun melalui perbincangan bersama rakan-rakan saya dapat merangka kehendak soalan dan  mula mencari maklumat dan isi penting berkaitan tajuk yang diberi.

Namun begitu perjalanan untuk  menyiapkan tugasan ini bukanlah semudah yang dirancangkan. Perkara pokok yang menjadi permasalahan buat saya ialah kekurangan buku-buku ilmiah untuk dijadikan bahan  rujukan. Saya mengambil inisiatif  meminjam   bahan-bahan ini dari rakan-rakan dan  mencari maklumat berkaitan melalui internet. Bahan-bahan yang diperolehi diolah supaya lebih kemas dan  tersusun serta bersesuaian dengan  tajuk. Masalah yang lain ialah kurang mahir dalam penulisan jawi menggunakan komputer. Bagi menyempurnakan  tugasan ini masa yang diperlukan agak panjang dan saya cuba menyiapkannya ketika ada masa terluang.
            Faktor  yang  lain ialah kekangan  masa antara kerjaya dan anak-anak. Bebanan tugas di sekolah semakin bertambah dari minggu ke minggu. Sebagai seorang guru kelas,tugasnya lebih tertumpu kepada sistem pengemaskinian fail peribadi murid dan sistem pengurusan sekolah untuk memasukkan data dan maklumat murid.

            Namun saya sedar dan mengakui bahawa banyak kelemahan yang ada pada diri saya. Kelemahan yang paling ketara ialah mudah berputus asa untuk melakukan sesuatu sekiranya percubaan pertama tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Dalam tugasan ini, saya banyak  meminta bantuan dari rakan-rakan dan suami tentang penggunaan teknologi komputer kerana saya kurang mahir menggunakannya.
    Walaupun ada kekurangan,saya adalah seorang yang sukakan kesempurnaan dan kekemasan  sesuatu  tugasan. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk diri dan cuba memuaskan hati  rakan-rakan ahli kumpulan. Tugasan yang diberi akan saya cuba kupaskan sebaik mungkin bersama-sama ahli kumpulan untuk dipersembahkan kepada pensyarah walaupun terpaksa meminta bantuan  dan tunjuk ajar dari orang sekeliling.

Sebagai seorang guru,ibu dan pelajar, saya seharusnya bijak membahagikan  masa antara ketiga-tiga tanggungjawab tersebut. Menjadi pelajar ketika berkerjaya bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu dipandang remeh. Lebih-lebih lagi saya masih mempunyai anak-anak yang masih kecil yang  sememangnya memerlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang ibu pada setiap masa. Sokongan dari teman dan suami memberi  kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan  mencari ilmu hingga ke akhirnya. Kesabaran yang tinggi perlu di pupuk dan di bajai supaya ilmu yang diperolehi memberi saham dan sedikit  keuntungan bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
Apapun rintangan yang dihadapi,dengan tugasan ini, saya banyak belajar dan banyak mendapat pengalaman berguna untuk dikongsi bersama. Melalui pengalaman yang berharga ini dapat saya rumuskan bahawa saya perlu kuat untuk menempuh setiap ujian dan rintangan, sentiasa berfikiran positif dan bersikap terbuka untuk memajukan diri lebih-lebih lagi dalam menguasai bidang teknologi maklumat, sedia menerima teguran dan nasihat untuk memperbaiki kekurangan diri serta tidak mudah berputus asa untuk terus belajar dan belajar.


Nur Ashikin Binti Madon (1113013)
            Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dapat juga saya dan rakan kumpulan menyiapkan tugasan  pada masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah  iaitu Ustaz Jaafar bin Jamian  yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar  dan sangat memahami keadaan dan situasi kami. Kepada rakan kumpulan saya iaitu Noriza bt Md Yusof, Rohaya bt Razali, Maslinda bt Abdul Ghani, Lihayati bt Sumsudin dan Rabiat bt Che Noh  terima kasih yang tidak terhingga kerana dapat juga kita bersama-sama menyiapkan tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini terdapat  kekangan dan cabaran yang saya hadapi.
            Antara kekangan dan cabaran yang saya lalui ialah masalah untuk membina blog. Ini kerana saya sememangnya  kurang mahir  dalam penggunaan teknologi komputer. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masalah ini dapat diatasi memandangkan tugasan ini berupa tugasan kumpulan. Di mana kami dapat mebahagikan tugasan mengikut kemahiran dan   keupayaan  masing-masing. Di samping itu, kami juga berpeluang untuk membina blog dan ia merupakan nilai tambah pengetahuan dan pengalaman baru bagi kami semua. Mudah-mudahan penulisan blog kami dapat menjadi satu lapangan ilmu untuk dikongsi bersama pelayar teknologi maya.             Kekangan  lain yang saya hadapi pula  ialah pengurusan masa kerana sebagai seorang guru tugasan utama perlulah dititik beratkan dahulu. Belajar bukan sepenuh  masa juga menjai cabaran untuk saya lebih berhemah dalam membahagikan masa. Maka, kekangan dari segi pengurusan masa antara kerja di sekolah dan tugasan  belajar sering menghambat dalam  menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya selalu terkejar-kejar dengan masa bagi menyiapkan tugasan-tugasan  pada masa yang ditetapkan.  Ia begitu mencabar emosi dan minda sepanjang masa yang dilalui. Sekali lagi, syukur kehadrat  Ilahi  yang sentiasa memudahkan urusan  hambaNya, mujurlah  rakan kumpulan banyak membantu  bersama-sama menyiapkan  tugasan ini.  Masa yang dikejar-kejar itu dapat juga dilalui dengan lancar dan dapat diatasi.
            Masalah seterusnya ialah  rasa rindu pada suami memandangkan jarak jauh saya dengan suami membuatkan kadang-kadang saya begitu tertekan untuk menyiapkan  tugasan tanpa kehadiran seseorang untuk menemani saya di sini. Walaubagaimanapun, beliau selalu memahami dan memberikan kata-kata semangat  serta sentiasa memberi sokongan moral kepada saya untuk menyiapkan tugasan meneruskan pembelajaran.
                        Kelemahan dalam diri saya adalah musuh utama saya. Kelemahan yang terdapat dalam diri saya ialah mudah berputus asa, rasa malas dan kurang yakin. Semua kelemahan ini membuatkan kerja-kerja menjadi tertangguh, ia juga membuatkan idea-idea untuk menyiapkan tugasan menjadi kaku dan beku.  Kelemahan-kelemahan ini juga kadang-kadang menjadi rungutan dalam diri saya sendiri. Kenapalah sambung belajar? bukankah senang kalau tidak belajar. Tidak perlu fikir itu dan ini. Itulah penyataan yang sering terlintas dalam fikiran saya.  
            Bagaimanapun, segala rungutan dan kelemahan diri perlu diatasi. Saya perlu bangkit dan menguatkan semangat untuk menyiapkan tugasan ini serta saya buang jauh-jauh rasa malas yang membelit diri. Yang menjadi kekuatan dalam diri ialah saya mesti  menghabiskan pembelajaran saya hingga ke akhirnya nanti. Saya positifkan diri dan tanamkan keyakinan dalam diri, untuk mendapatkan ilmu memang inilah harga yang perlu saya bayar. Saya perlu hadapi dan tempuhinya. Tambahan pula, ia sememangnya untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Saya pasti inilah kemanisan menuntut ilmu ketika banyak halangan dan cabaran yang dilalui. Saya berharap agar segala ilmu yang diperoleh ini akan dapat digunapakai sepanjang menjawat jawatan sebagai guru. Ia merupakan harta yang sangat berguna untuk saya di masa akan datang.



Lihayati binti Sumsudin.      (1113062)
Alhamdulillah dan segala puji-pujian hanya untuk MU Ya Allah yang memberi peluang,ruang dan masa kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus untuk Subjek Pengajaran Literasi : Membaca Dan Menulis Jawi (EBK 3253). ini dengan sempurnanya.
Sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah EBK 3253 Ustaz Jaafar bin Jamain yang telah banyak  memberi penerangan dan tunjuk cara dalam menghasilkan tugasan ini dengan terperinci walaupun pada mulanya ada sedikit kekeliruan dalam menetapkan cara tugasan ini dihasilkan.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya hulurkan kepada suami dan anak-anak yang sangat memahami kesibukan saya dalam menjalani tugas sebagai seorang isteri,ibu dan juga guru.Segala kerjasama dan sokongan diberikan tanpa berbelah bagi.Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan sekumpulan yang banyak memberi dan berkongsi idea dan pandangan semasa saya menyempurnakan tugasan ini.
            Saya diberi tugas untuk menghasilkan blog bersama seorang lagi rakan kumpulan iaitu Pn.Rabia’at Che Noh.Pada mulanya saya sangat teruja mendapat tugasan ini kerana ia nya sesuai dengan dengan minat saya terhadap it dan lantaran saya tidak pernah menghasilkan blog,justeru ia merupakan satu pengalaman baru bagi saya.Saya telah mendapatkan khidmat dan tunjuk ajar dari seorang rakan di sekolah untuk mengajar saya cara bagaimana untuk menghasilkan blog.Pada mulanya ia agak sedikit sukar,namun di atas sedikit kemahiran dan kefahaman saya mengenai it,ia dapat membantu saya menghasilkan blog yang dimaksudkan.Blog tersebut saya namakan sebagai Husnajameela.blogspot.com.
            Tugas saya tidak berakhir di situ sahaja,saya harus memasukkan segala maklumat mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan kami.Proses ini amat mencabar dan memenatkan saya kerana saya harus menaip semula penerangan mengenai powerpoint yang disediakan.Ini bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahami apa yang terkandung di dalam powerpoint yang tertera.Saya juga harus mengolah dan mempersiapkan blog ini agar nampak menarik dan tersusun.
            Semasa saya menyiapkan tugasan ini banyak perkara yang saya pelajari antaranya nilai persahabatan yang sangat kuat dalam menjayakan tugasan ini.Walaupun kami saling berjauhan,namun dengan sistem komunikasi tanpa wayar ini dapat menghubungkan kami.Selain itu,saya juga lebih mahir dalam mengendalikan ict dan melayari laman maya yang tida sempadan ini.Saya juga akui bahawa kemahiran menghasilkan blog ini boleh dimanafaat ke arah yang lebih baik seperti menyampaikan dan berkongsi ilmu yang berfaedah.Sesungguhnya yang menguasai ilmu itu ialah Allah dan kita hanya mendapat sedikit daripadaNYA.Mudahan blog yang saya hasilkan ini akan memberi manfaat kepada yang membacanya.Sekian terima kasih.


RABIA’AT BINTI CHE NOH          1112972
Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan Pengajaran Literasi : Membaca Dan Menulis Jawi yang diberikan oleh pensyarah. Kumpulan kami telah diamanahkan untuk menyiapkan tugasan dengan tajuk ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya dalam menjayakan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Jaafar Bin Jamion atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau. Dengan tugasan ini dapat memberi banyak ilmu dan manfaat kepada kami dalam pengajaran membaca dan menulis jawi. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan dan membantu murid-murid di sekolah nanti.
Tugasan Pengajaran Literasi : Membaca Dan Menulis Jawi  ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu memahirkan diri dalam penguasaan membaca dan menulis jawi, ini kerana banyak perkataan-perkataan jawi telah berubah cara menulisnya dari masa ke semasa. Pelajaran jawi tidaklah janggal sangat dengan saya kerana jawi  adalah salah satu mata pelajaran yang saya ajar di sekolah. Akan tetapi ia telah menjadi sedikit kesukaran apabila kurang mahir dengan kaedah terkini dalam menulis perkataan jawi baru. Pendedahan yang kurang menggalakkan dari pihak yang berwajib juga menjadi faktor dan cabaran dalam melaksanakan tugasan ini. Begitu juga dengan kekurangan bahan rujukan yang sesuai dan menepati yang dapat digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu banyak kekangan lain yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kesukaran mendapatkan bahan daripada internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari tugasan-tugasan yang lain. Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran jawi ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap memantapkan penguasaan kaedah menulis dan membaca jawi. Pengetahuan dan pengalaman ini akan saya terapkan kepada pelajar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak.
 


Maslinda binti Abdul Ghani              1113086
    Bersyukur ke hadrat allah SWT kerana dengan pertolongaNYA dapatlah saya bersama-sama rakan menyiapkan tugasan berkumpulan di bawah bimbingan Ustaz Jaafar bin Jamain.Terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak memberi dorongan serta rakan-rakan sekumpulan mahupun dari kumpulan lain di atas kesudian berkongsi ilmu yang bermanafaat.Saya mendapat tugas untuk membuat slaid persembahan bagi beberapa tajuk kecil.Perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari isi –isi penting dan membuat draf slaid persembahan.Kemudian,saya mengambil masa yang agak lama untuk mencari latar belakang slaid persembahan yang menarik.Gambar beranimasi yang saya pilih menyebabkan komputer saya menjadi agak terbeban.Beberapa slaid sahaja dibiarkan kosong tanpa animasi bergambar agar slaid tidak menjemukan.Setelah itu,baharulah saya memindahkan maklumat ke dalam slaid.Saya belajar banyak perkara baharu kerana slaid persembahan dibuat dalam tulisan jawi sebagaimana yang dikehendaki oleh pensyarah.Banyak kemahiran dalam membina slaid persembahan dengan menggunakan tulisan jawi ini seperti kemahiran menulis dari arah kanan ke kiri.Bagi mendapatkan ejaan jawi yang betul,saya juga telah berjinak-jinak menggunakan web ejawi bagi membantu saya mendapatkan ejaan jawi yang betul.Web ini sangat memudahkan saya kerana ia dapat menukarkan teks rumi kepada jawi tanpa banyak masalah.Kelihatan saya turut berhati-hati semasa melakukan proses editing ejaan jawi .Sebarang kekeliruan ejaan,saya akan membuat rujukan melalui Kamus Rumi-Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka.Dalam sesi pembentangan,setiap ahli diwajibkan membuat pembentangan dan Alhamdulillah,segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.